Tuesday, March 22, 2011

Muhasabah Diri Ku Ini.....

MATLAMAT HIDUP MANUSIA

Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah Islam sejelas-jelasnya. Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya, atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk berseronok seagaimana bintang-bintang berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah, dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.

          Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah ALLAH serta menjadi khalifah di bumi. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab. Dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung.

          Manusia tidak dijadikan untuk dirinaya sendiri, tetapi ia dijadikan untuk menyemba ALLAH. Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, ia dijadikan untuk selama-lamanya.

          Ada orang berkata: "Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana hidup." Penyataan ini tidak menyelesaikan maslah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada, kenapa manusia hidup?

          Adapun para materialisme menjawab: "Sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia."

          Manakala orang yang beriman menjawab: " Manusia hidup hanya kerana Tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnyabyang kekal abadi." Firman ALLAH SWT: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah ALLAH yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar."
(Al-Mukminun: 115-116)

          Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup ntuk dirinya dengan orang yang hidup untuk Tuhannya, di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

          Sesunguhnya teori kebendaan yang mengingkari Tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia, kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap. Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu. Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup.

          Dengan perkataan lain, "manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu. Apabila manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhirlah segala-galanya. Alangkah benarnya perkatan Al-Quran: "Katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adlah sedikit sahaja."
(Al-Nisaa' : 77)


(Dr Yusof al-Qaradhawi, Kemanisan Iman (Terj), 2000, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, ms 111-112)


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?



Friday, March 18, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU Nailah ♥ Jamil…


Wedding Day…19 Mac 2011

Kepada Nai,
Sori coz x dapat hadir di majlis berbahagia ko…bukan aku x sudi hadir, tapi disebabkan oleh ketiadaan suamiku yang pergi berkursus di luar negeri (luar Penang), menyebabkan aku x dapat hadir… sori sesangat…
Semalam aku tengok gambo kawen aku dulu…terus aku teringat kat ko…bukan aper, gambo tu wan yang edit dulu…teringat zaman masa ko masih bersama dengan wan…betul kata orang, kalo ader jodoh…x ke mana…kalo dah xder jodoh, nak wat camner kan…
Bukan niat aku nak mengingatkan kenangan ko…tapi bagi aku, setiap org ader kenangan yang x dapat dipadamkan… aku masih ingat kata2 ko masa aku kawen dulu… “Bestkan dapat kawen dengan orang yang kiter kawan…”
Aku faham maksud ko nai…tapi apa kan daya, semua nyer dah ditentukan oleh ALLAH… mungkin aku bertuah dapat kawen dgn org yg aku kawan lama…aku sayang & aku cinta sepenuh jiwa raga aku…tapi, setiap perhubungan ader pasang surut nyer…ader suka & ader duka…memang kiter mengharapkan bahagia selama nyer…xder saper pun yang nak hidup nyer x bahagia…Cuma cara kiter nak bahagiakan hidup kiter tu yang penting…
Ewah2…berfalsampah pulak aku ni…macam la ku ni perfect sangat…huhuhuhu (^_^)
Ni aku nak share photo kawen aku yang telah di edit oleh wan…bekas boyfrenz sahabatku nailah…


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?


Thursday, March 17, 2011

Ooh Rumah Ku.....

Camner ni…tak tahu la nak pilih cat warna aper yang patut aku pilih tuk umah aku nanti…dah banyak web yang aku search…tapi tak der satu pun yang kene dengan citarasa aku…kalo nak pilih cat, kene la juga pilih tema tuk kabinet dapur…susah nyer… kalo rakan2 blogger sekalian ader pendapat @ pengalaman, tolong la share dengan i ni… cian kat i tau… huhuhu (~_~)

Tuesday, March 15, 2011

•.¸¸.• Ooh Dunia . . . •.¸¸.•

Rasa seram dengan berita2 terkini kat radio dan television... terutama berita tentang kejadian Tsunami yang melanda Jepun baru2 ni... macam mana la keadaan di sana masa tu kan... hanya orang yang alami jer tahu... tetibe aku teringat kat sorang akak yang aku kenal ni... dier ke Jepun bulan Januari ari tu sebab di hantar oleh kilang dier... bulan April nanti baru balik... aku ader gak try tanya kabo dier kat wall fb dier... ALHAMDULILLAH... kata nyer tempat dier kene earthquake jer... walaupun kene earthquake jer... tapi tengok la camner gegaran nyer... xtahu la kalo aku kat tempat diorg masa tu... tak putus2 zikir & doa rasa nyer... jom kiter tengok sk8 saat2 cemas diorg masa tu...



Kalo korang nak tengok gambo sebelum dan selepas kejadian Tsunami di jepun ari tu, korang leh gi kat link ni...http://www.abc.net.au/news/events/japan-quake-2011/beforeafter.htm

Ya ALLAH... sesungguhnya aku amat bersyukur kerana aku dan keluarga masih bernafas di bumi Malaysia ini tanpa sebarang bencana... Jauhkanlah kami dari seagala malapetaka Ya ALLAH... AMIN


Make Your Own Gifts Here

Monday, March 14, 2011

Ina ♥ Lan E-Day

ALHAMDULILLAH... semua nyer berjalan dengan lancar...
Akhirnya adik iparku ina sah bergelar tunangan orang...
Teringat masa aku bertunang dulu... yela kan, aku bertunang 23 September 2009... adik ipar aku lak 12 Mac 2011... kan tak jauh beza tu... ni la berkat makan sirih junjung aku bertunang dulu... kan cepat dapat jodoh... hehehehe (^_~)
Jom aku nak share dengan korang sekitar majlis pertunangan adik ipar aku ari tu... majlis nyer cukup simple... tapi meriah sebab ahli keluarga kami memang ramai... (^_^)



Hantaran dari pihak perempuan...

Semuanyer 13 hantaran
Bekas Cincin

Buah2an Tempatan

Sedap nyer coklat Cabbury...

Bahulu bentuk Strawberi...

Yang ni aku tak tahu nama nyer... tapi aku panggil halwa...

Biskut Strawberi


Kek yang Ina tempah dekat kawan dier...ader gambo lagi... so sweet (^_^)



Hasil gubahan kakak ipar ku...

Gula & Garam

Sumi

Ikhlas daripada biras ku...

Kek Krim


Ikhlas daripada aku ♥ suami

Cup Cake

Hantaran daripada kedua2 belah pihak... sama color la pulok...


Aku ♥ suami ku yang perasan... macam majlis kami plak... hahaha (^_~)




Ina ♥ Lan




Suami aku dan anak saudara nyer... macam artis la konon... ntah per2... =P


Ini jer yang dapat aku share kan... Hope u'ols enjoy baca blog aku ni.... TQ (^_~)


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Amalan Potong Kuku...

Kita selalu terlupa bahawa betapa penting nyer amalan memotong kuku mengikut Sunnah Rasulullah SAW...
Sebenarnyer bukan tak tahu... tapi tak penah ambik berat... termasuk la diri aku ni... hahahaha (^_~)
Ni aku nak share dengan korang amalan memotong kuku mengikut Sunnah Rasulullah SAW...
Bagus tau kalo kiter amalkan dalam kehidupan seharian kiter...


Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari SABTU :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari AHAD :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari ISNIN :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari SELASA :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk pemyakit.

Hari RABU :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari KHAMIS :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh penyakit.

Hari JUMAAT :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada ALLAH Taala.

Dalam semua2 hari, paling elok dan bagus potong kuku adalah pada hari Jumaat... tapi, ader 2 lagi hari yang kiter leh potong kuku selain hari Jumaat iaitu, hari Isnin dan Khamis... so, kalo tak sempat nak potong kuku ari Jumaat tu, leh la kiter tangguh ke hari Isnin... macam aku ari ni la, baru teringat nak potong kuku... hehehehe (^_^)
lepas baca ni, sama2 ler kiter amalkan erk...


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, March 10, 2011

Yahoooo... Hooraaay...

Esok cuti... walaupun esok banyak keje yang menanti... tapi dapat rileks kan minda dari memikirkan keje2 yang xpenah & xakan abih2 ni...
Esok merupakan hari mengemas sedunia di umah aku... sebab nyer, adik ipar aku bakal melangsungkan majlis pertunangan di rumah pada ari Sabtu, 12 Mac 2011...
xsabar rasa nyer nak tengok adik ipar aku make up... hehehe (^_^)
maklum la, selama ni simple jer kan... time ni la pun nak nampak lain sk8...
Ape2 pun, kak eyta nak ucapkan TAHNIAH buat Ina Lan...




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...