Tuesday, March 22, 2011

Muhasabah Diri Ku Ini.....

MATLAMAT HIDUP MANUSIA

Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah Islam sejelas-jelasnya. Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya, atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk berseronok seagaimana bintang-bintang berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah, dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.

          Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah ALLAH serta menjadi khalifah di bumi. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab. Dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung.

          Manusia tidak dijadikan untuk dirinaya sendiri, tetapi ia dijadikan untuk menyemba ALLAH. Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, ia dijadikan untuk selama-lamanya.

          Ada orang berkata: "Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana hidup." Penyataan ini tidak menyelesaikan maslah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada, kenapa manusia hidup?

          Adapun para materialisme menjawab: "Sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia."

          Manakala orang yang beriman menjawab: " Manusia hidup hanya kerana Tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnyabyang kekal abadi." Firman ALLAH SWT: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah ALLAH yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar."
(Al-Mukminun: 115-116)

          Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup ntuk dirinya dengan orang yang hidup untuk Tuhannya, di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

          Sesunguhnya teori kebendaan yang mengingkari Tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia, kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap. Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu. Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup.

          Dengan perkataan lain, "manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu. Apabila manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhirlah segala-galanya. Alangkah benarnya perkatan Al-Quran: "Katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adlah sedikit sahaja."
(Al-Nisaa' : 77)


(Dr Yusof al-Qaradhawi, Kemanisan Iman (Terj), 2000, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, ms 111-112)


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?



Kenapa aku perlu muhasabah diki aku? Sebab nyer ari ni aku tension...
Aku nak luahkan apa yang terbuku dihati aku...

"Kenapa la manusia ni tak pernah nak faham masalah orang lain…asyik kiter jer yg nk kene faham masalah diorang…xkan aku nak umum kat semua orang yang aku xder duit kot? walaupun aku xder duit, aku xpernah pun susahkan orang…aku xminta pun duit kat orang…xpenah pun aku susahkan mak bapak @ adik-beradik aku sejak aku kawen…tapi kenapa orang xleh nak faham yang aku pun ader masalah aku sendiri…
Ya ALLAH…berilah aku petunjuk…aku dah la sakit…aku kene banyak rehat…kenapa masih ader orang yang suka semakkan kepala otak aku ni? aku nak hidup dalam dunia aku…aku xpenah kacau orang…kenapa orang asyik nak kacau hidup aku?
Salah ker aku nak bahagia cara aku? xkan aku nak kene bagi tau semua orang masalah aku? aku dah bosan la hidup camni…asyik nak kene jaga hati orang jer…sedih nyer kau sekarang ni, hanya ALLAH yang tahu…harus macam mana lagi aku nak hidup dengan bahagia?
Memang la orang kata, kalo kiter bahagiakan orang…INSYAALLAH…ALLAH bagi kiter lebih kebahagian. Tapi aku dah bosan bahagiakan orang…sedangkan diri aku ni yang merana…susah nyer aku nak luahkan perasaan…Ya ALLAH…bantulah hambamu yang lemah ini Ya ALLAH…Sesungguhnya, hanya padamu aku berserah dan meminta pertolongan…AMIN"


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...